PERKHIDMATAN


Pengenalan

Kaunseling melalui Kaunseling Maya merupakan satu kaedah yang baru di 
 dalam perhubungan menolong.

Kini anda tidak perlu mencari dan mendapatkan kaunselor di luar kerana semuanya di hujung jari iaitu melalui sambungan internet.



Mengapa kaunseling Maya?

    * Kemungkinan anda tidak suka keluar rumah untuk bertemu kaunselor secara bersemuka.
    * Kemungkinan anda malu untuk berjumpa kaunselor secara bersemuka.
    * Kemungkinan anda terlalu sibuk untuk menemui kaunselor secara bersemuka.


Siapakah yang layak?

Mereka yang menghadapi kesulitan berkaitan keluarga, perhubungan, 
 kerjaya, pembelajaran dan lain-lain.


Bagaimana kaunseling maya dilaksanakan?

    * Perkhidmatan ini bukan dalam bentuk memberi nasihat tetapi ia lebih menjurus kepada melihat diri, memahami isu yang dihadapi, berkongsi pandangan, berkongsi pengalaman dan akhir perbincangan akan menghala kepada penyelesaian yang diperlukan oleh anda.

    * Penyelesaian kepada masalah mungkin tidak berlaku pada sesi yang pertama, mungkin tidak juga dalam sesi yang kedua. Biasanya penyelesaian berlaku apabila anda telah bersedia membuat keputusan untuk mengubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Mungkin juga penyelesaian boleh berlaku pada sesi perbincangan yang pertama lagi. Segala-galanya terpulang kepada kesediaan anda dan juga isu yang dibincangkan bersama.

    * Perkara yang penting di sini ialah anda tidak berseorangan dalam mencari penyelesaian itu. Walaupun kita tidak bersua tetapi saya akan sentiasa bersama anda mencari jalan keluar menangani kesulitan yang anda alami.


Apakah Bentuk Perkhidmatan Yang Diberikan?

   1. Sesi kaunseling akan dilaksanakan melalui  e-mel.

   2. Sesi melalui chat.


Berapakah yuran atau kos yang perlu dibayar?

    * Untuk e-mel yang pertama RM50 dikenakan. Untuk e-mel yang kedua dan seterusnya caj sebanyak RM 40 untuk setiap e-mel.

    * Untuk chat:  Chatting selama 30 minit RM40 dan RM60 untuk sejam.

Makluman: Bayaran yang dikenakan bukan untuk caj perkhidmatan sesi kaunseling tetapi caj untuk perkhidmatan pengurusan laman, sewaan tapak dan caj moderator. Harap Maklum.


Cara Bayaran:

   1. Hantarkan pemasalahan anda di dalam borang yang disediakan.

   2. Kaunselor akan menghubungi anda sama ada bersetuju menjawab persoalan atau sebaliknya.

   3. Kaunselor akan memberi maklum balas persetujuan melalui emel.

   4. Anda dikehendaki memasukan bayaran ke dalam akaun MayBank Acc:166935718843

   5. Emelkan nombor rujukan pada slip bayaran kepada mesramaya@yahoo.com

Soalan anda akan dijawab dalam masa 7 hari dari tarikh bayaran dibuat.




No comments:

Post a Comment